PENGENALAN
Kami
dari kumpulan 1 akan membahaskan peranan dan kemukjizatan Al-Quran dari segi
ilmiah. Mukjizat ilmiah adalah bermaksud Al-Quran mampu merangkumi seluruh kelengkapan
manusia melalui ayat-ayat yang terkandung di dalamnya. Al-Quran telah banyak
menerangkan maklumat-maklumat yang lebih ke hadapan.
PENDAHULUAN
Terdapat
banyak ayat Al-Quran yang menyeru manusia supaya mengkaji dan meniliti fenomena
alam untuk memahami dan mendalami ilmu pengetahuan agar mendapat tamadun yang
sempurna. Berdasarkan ayat di bawah, jelas bahawa alam yang diciptakan oleh
Allah S.W.T tertakluk kepada hukum-hukum tertentu dan apa yang ada di langit
dan di bumi adalah hak Allah S.W.T untuk kemudahan dan kegunaan manusia sejagat
Islam tidak terbatas antara hubungan manusia dengan Tuhan bahkan merangkumi
semua aspek kehidupan. Allah berfirman yang bermaksud “ Tidakkah kamu
perhatikan bahawa Allah memudahkan untuk kemudahan mu apa yang ada di langit
dan di bumi telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan di
bumi dan telah melimpahkan kepada kamu nikmat nikmatnya yang zahir dan batin “
( Surah Luqman : 20 )
Oleh
itu kita seharusnya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup kita kerana di
dalam Al-Quran telah tercatat segalanya yang berkaitan dengan hidup ataupun
mati .
DI DALAM AL-QURAN TERDAPAT BANYAK BUKTI DAN ANALISA SERTA
PENGAJARAN YANG MENERANGKAN PELBAGAI PERKARA TERUTAMANYA DI DALAM BIDANG SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN.
BIDANG
SAINS
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG KEMAJUAN
DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG SAINS, ANTARANYA :
·
Penemuan khasiat minyak
zaitun yang terdapat di dalam sebuah hadis daripada Abdullah Bin Umar yang
menyebut bahawa rasullah S.W.T “bersabda makanlah kamu minyak zaitun dan
gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana minyak zaitun dibuat daripada pohon
yang pernuh berkat.”Selain itu minyak zaiton berperanan menambah zat makanan ,
mencuci dan membaik pulih perut , membantu sedikit sebanyak pesakit gestrik dan
mereka yang mengalami masalah buat pinggan.
·
Selain itu, kelebihan susu
ibu yang disebut oleh Allah S.W.T dalam surah Luqman ayat 14 “antara kelebihan
susu ibu ialah mengandungi zat makanan. dalam nisbah yang betul bagi bayi yang
masih tidak mampu makan dan minum melainkan menyusu ibu nya sahaja.
·
Dalam kajian sains juga buah
anggur mempunyai keajaiban rasa dan khasiat yang dirakam oleh Allah S.W.T.dalam
surah ar-ra”du ayat 4 serta surah an”am ayat 99 dan surah abasa ayat 28. Buah
anggur mempunyai kandungan vitamin, mineral dan bahan antioksida lebih tinggi
berbanding 20 buah lain yang telah diuji. Anggur juga merupakan sumber
antioksida yang tinggi dan kaya dengan kalium untuk melambatkan proses penuaan.
Kandungan antioksida dalam anggur juga mempunyai kandungan antioksida yang
mempunyai khasiat sebagai pelindung sel daripada penyakit jantung, kanser dan
beberapa penyakit ia juga dipercayai boleh mencegah dan membantu proses penyembuhan
penyakit bawaan virus seperti influenza.
BIDANG
TEKNOLOGI
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG KEMAJUAN
DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG TEKNOLOGI, ANTARANYA :
·
Kemajuan di dalam bidang
Teknologi Maklumat seperti adanya aplikasi media sosial maya seperti “Whatsapp,
Facebook, Twitter dan pelbagai lagi dapat memudahkan memperolehi maklumat serta
dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa adanya sempadan .
·
Melalui kemajuan di dalam
teknologi pertahanan, manusia juga mampu melindungi Negara dari serangan musuh
dengan adanya kelengkapan perang serta penciptaan senjata yang berteknologi
tinggi seperti roket dan kapal selam .
·
Penggunaan tenaga alternatif
seperti penggunaan tenaga solar yang telah dicipta dan berfungsi untuk
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik serta untuk mengelakkan pembaziran .
BIDANG
KEJURUTERAAN
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG KEMAJUAN
DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN, ANTARANYA :
·
Proses pembentukan besi ada
disebut di dalam firman Allah S.W.T “ Dan Kami telah menurunkan besi, padanya
ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai manfaat kepada manusia” (
Surah Al-Hadid : 25 ) , contoh manfaat besi kepada manusia adalah dapat
membangunkan bangunan dengan menggunakan besi sebagai rangka bangunan, tiang
bangunan, bilah kipas dan pelbagai lagi .
·
Pembuatan IBS iaitu
Industrial Building System ialah cara terbaru
yang menyediakan bahan bahan dan komponen-komponen rumah yang telah siap
dan hanya perlu dipasang dan dicantum oleh buruh- buruh binaan di tapak
pembinaan .
·
Pembuatan sistem longkang
dan perparitan untuk melancarkan perjalanan air rumah dan air di sekeliling
rumah , dan berfungsi terutamanya dalam mengelakkan takungan air yang boleh menyebabkan
banjir yang lebih buruk .
RUJUKAN
·
Cinderellamok.blogspot.my
·
Buku teks DUA2012 SAINS
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
·
Ahli kumpulan 1
RUMUSAN
Islam menerima teknologi yang memberi manfaat dan menolak
teknologi yang membawa kerosakan. Berdasarkan
etika dan prinsip dasar Islam, tujuan utama kepentingan ibadah kepada
Allah S.W.T ialah mencari ilmu. Al-Quran menjelaskan dan menunjukkan pentingnya
sejarah dan hubungannya dengan kewujudan tamadun manusia berdasarkan aspek
sains, teknologi dan kejuruteraan melalui peristiwa serta contoh umat yang
terdahulu benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada
hari ini. Dianggarkan sebnanyak 1000 ayat mengenai kisah-kisah Nabi terdahulu dan Rasul sebelum
ini seperti menceritakan hebatnya kerajaan Thamud, Kaum 'Ad, Kaum Madyan dan
juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.
Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah S.W.T. Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mendidik dan mengajak manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah S.W.T. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T adalah perkara yang benar.
Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah S.W.T. Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mendidik dan mengajak manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah S.W.T. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T adalah perkara yang benar.
PENUTUP
Akhir
kata, berdasarkan daripada tajuk yang kami kaji, Al-Quran memainkan peranan
yang penting dalam merangsang akal
manusia untuk berfikir tentang ayat-ayatnya yang sarat dengan maklumat dan
informasi yang berguna . Secara langsung ataupun tidak, ilmu pengetahuan dan
teknologi dapat tumbuh dan berkembang cepat dan ini menunjukkan bahawa Al-Quran
memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sepanjang zaman . Maka dengan
itu kita perlu menyusun stratergi untuk mengejar ketinggalan dan teknologi
dengan mengacu pada posisi Al-Quran dalam bidang ilmu dan teknologi itu sendiri
.
MUHAMMAD
AMIRUL HAQEEM BIN ASMARUDIN
|
02DSB14F2001
|
AFIQ
ISKANDAR BIN ANWAR
|
02CSB14F2002
|
NUR
SYAHEERA FARIZA BINTI ABD.RAHAMAN
|
02CSB14F2004
|
NOR
RASHIDAH BINTI ROSLI
|
02DSB14F2025
|
NURUL
FATIHAH BINTI AB LLAH MUHAMMAD
|
02DSB14F2033
|
NATASYA
AMIRA BINTI MOHD ZAINAL ABIDIN
|
02DSB14F2003
|

No comments:
Post a Comment