ALAM FAUNA
Proses kejadian alam ini satu persoalan yang
menarik sejak dari zaman dahulu hingga ke hari ini. Manusia masih ingin mencari
kepastian asal usul kejadian alam ini. Bagaimana proses kejadiannya. Bagaimana
alam ini terjadi dan diciptakan. Manusia masih tercari-cari jawapannya. Manusia
tidak jemu-jemu dengan segala usaha dan kemahiran yang ada untuk2mencari
jawapannya. Ahli-ahli sains hari ini dengan teknologi tinggi dan canggih masih
terus berusaha untuk mencari rahsia kejadian alam ini.
Allah yang menciptakan
alam ini tidak membiarkan manusia untuk mencari jawapannya kerana Dia Maha
Mengetahui akan kelemahan hambaNya. Kelemahan manusia sungguh banyak contohnya
kita tidak boleh menjelajah jauh ke seluruh pelusuk alam untuk mengetahui keadaan
sebenar seluruh alam. Apa yang manusia boleh lakukan hanya meramalkan
berdasarkan dengan sedikit ilmu yang ada pada ketika itu. Mungkin betul dan
mungkin juga salah. Oleh kerana itulah Allah telah memberitahu manusia jawapan
bagaimana dan siapa yang menciptakan alam ini. JawapanNya diterangkan di dalam
al Quraan melalui RasulNya. Di dalam al Quraan yang suci Allah menyebutkan
Dialah yang menciptakan alam semesta ini dengan kekuasaan dan kehendakNya.
FirmanNya yang bermaksud:
“Dan Dialah
menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah
perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah’, dan di
tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang
ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui”
(al Anaam: 73)
(al Anaam: 73)
Allah telah
menciptakan langit dan bumi ini melalui proses-proses yang
dikehendakiNya. Sebahagian daripada proses-proses kejadian alam ini telah
diterangkan oleh Allah dengan jelas di dalam al Quran. Allah telah menerangkan
bahawa kejadian langit dan bumi ini asalnya daripada satu yang
padu, kemudian dipisahkan menjadi langit dan bumi. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta(Dr.Zakaria Awang Soh,1990)
~ Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang
wujud) tunggal.
~ Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
~ pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal
dan peningkatan jirim (ordering matter)
“Dan apakah orang-orang kafir, tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu kedua-duanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya. Dan daripada air Kami jadikan segala suatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tidak juga beriman?
Ayat ini menerangkan asal kejadian alam semesta, terdapat tiga maklumat penting yang terkandung di dalam ayat ini berkaitan dengan kejadian alam semesta(Dr.Zakaria Awang Soh,1990)
~ Bahan yang membentuk alam semesta ini merupakan satu entiti (suatu yang
wujud) tunggal.
~ Keseluruhan alam semesta, langit dan bumi adalah tercantum dalam satu unit.
~ pemisahan berlaku secara sistematik untuk menghasilkan hukum-hukum fizikal
dan peningkatan jirim (ordering matter)
Perkataan “ratq”
membawa maksud memadukan unsur-unsur menjadi satu jasad yang padu. Jasad yang
padu inilah yang menjadi asal mula alam. Perkataan “fatq” membawa maksud
dipisahkan atau dipecahkan. Jasad yang padu tadi kemudiannya melalui proses
pemisahan. Bagaimana proses pemisahan itu tidak dapat dijelaskan. Jika dilihat
kepada alam semesta yang wujud hari ini menggambarkan proses pemisahan ini
berlaku dalam satu kuasa pemisahan yang sungguh hebat dan amat kuat.
Proses pembentukan
alam ini berlaku secara bertahap-tahap selepas dari pemishan itu. Hal ini
seperti yang disebut di dalam alQuraan yang bermaksud;
“Kemudian Dia menuju
kepada penciptaan langit dan langit itu masih merupakan asap lalu Dia berkata
kepadaNya dan bumi, Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati
atau terpaksa keduanya menjawab ‘kami datang dengan suka hati’ Maka Dia
menjadikan tujuh langit dalam masa dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap
langit urusannya. Dan kami hiasi langit yang dekat dengan bintang yang
cemerlang dan Kami perliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang
Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.”
(Fushilat : 11-12)
(Fushilat : 11-12)
Seluruh proses
kejadian alam ini berlaku secara sistematik dengan ukuran yang rapi dan tepat
seperti yang disebut di dalam alQuraan
“Sesungguhnya Kami
menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir (yang telah ditentukan).”
(AlQamar :49)
(AlQamar :49)
Manakala alam semesta
yang diciptakan oleh Allah ini sentiasa mengembang atau keluasan alam ini
sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Ini bermaksud segala apa yang ada di
alam ini sentisa bertambah terhadap masa. FirmanNya bermaksud:
“Dengan kemahiran dan
kekuasaan Kami, Kami bangunkan langit dan Kami kembangkannya”
(Azariat : 4)
(Azariat : 4)
Putaran bumi
Kita semua dapat hidup
di atas muka bumi ini kerana bumi berputar di atas paksinya dalam tempoh 24 jam
sehari. Cuba bayangkan sekiranya bumi ini tidak berputar, mustahil kita dapat
hidup dengan aman dan sentosa di permukaan bumi.
Dari putaran inilah
terjadinya siang dan malam. Permukaannya yang menghadap matahari akan mengalami
siang manakala permukaan yang membelakangkan matahari akan menjadi malam.
Seandainya bumi tidak berputar maka sudah tentu bahagian yang menghadap
matahari akan menjadi siang selama-lamanya hingga hari kiamat dan begitulah
sebaliknya.
Apakah yang akan
terjadi sekiranya siang berlaku terus menerus? Sudah pasti keadaan udara dan
hawa dari saat ke saat, dari minit ke minit dan dari jam ke jam akan menjadi
bertambah panas. Dalam tempoh 100 jam sahaja udara akan mencapai takat didih
100ºC sehingga lautan, tasik, danau, sungai dan sebagainya akan mendidih dan
menggelegak. Cuba anda bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya seluruh
sungai, danau dan samudera mendidih airnya? Begitu juga darah yang mengalir di
dalam tubuh kita juga turut mendidih. Dalam keadaan sedemikian, tidak ada satu
pun makhluk yang dapat hidup. Semuanya akan mati dan musnah menjadi debu-debu
yang berterbangan.
Apa pula yang akan
terjadi sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Bukan sahaja semua ini akan
mendidih, bahkan semua permukaan bumi ini sama ada benda-benda pepejal atau
sebagainya, akan menjadi bara api yang tersangat panas. Ketika itu, bukan
setakat manusia sahaja akan mati terbakar malahan bumi ini sendiri akan
terbakar menjadi debu dalam sekelip mata sahaja.
Kemudian apa pula yang
akan terjadi sekiranya waktu malam berlaku terus menerus sehingga hari kiamat?
Hawa dan udara dari saat ke saat dan seterusnya dari jam ke jam akan terus
bertambah dingin sehingga dalam tempoh 100 jam sahaja akan mencapai takat 0ºC
sehingga seluruh air dan benda yang cair akan membeku menjadi ais yang pejal
dan keras. Mungkin di saat itu, manusia dan binatang-binatang masih dapat hidup
seperti keadaan di Kutub Utara dan Selatan. Namun begitu, bagaimana pula
keadaannya sesudah 100 jam atau 1000 jam berikutnya? Apabila udara dan suhu
menjunam turun ke bawah paras 0ºC maka sudah pasti akan lenyaplah segala
kehidupan di muka bumi ini.
Kedua-dua ibarat ini
harus kita fikirkan sedalam-dalamnya untuk melihat betapa hebatnya kekuasaan
Allah dan juga perlindungan-Nya yang diberikan untuk kehidupan setiap makhluk
khasnya kita sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran yang sempurna.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Katakan pula,
bagaimanakah pendapat kamu sekiranya Allah menjadikan siang terus menerus
sampai hari kiamat? Siapakah selain Allah yang akan mendatang malam kepadamu
yang kamu dapat beristirehat padanya? Maka apakah kamu tidak memperhatikannya?
Dan kerana rahmatnya-Nya, Dia jadikan untuk kamu malam dan siang supaya kamu
beritirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari kurniaan-Nya
(pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.”
(Al-Qasas: 72-73)
(Al-Qasas: 72-73)
Dengan adanya putaran
bumi siang dan malam maka keadaan hawa di permukaan bumi ini menjadi seimbang
dan sederhana iaitu tidak terlalu panas dan tidak terlalu dingin. Sehingga
manusia, haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dengan selesa di
permukaan bumi ini.
Ya… semamangnya kita
harus renungkan siapakah lagi selain Allah yang dapat memutarkan bumi sebesar
ini? Iaitu planet yang berukur lilit 40,003 km dan beratnya beribu-ibu juta tan
itu. Perkara ini hendaklah kita fikirkan sedalam-dalamnya. Seterusnya hendaklah
kita selalu mengingati dan berterima kasih kepada Allah s.w.t. Janganlah kita
sekali-kali menjadi orang-orang yang seakan-akan tidak mendengar dan melihatnya
sedangkan kita mempunyai telinga, mata dan akal untuk bersyukur memuji-Nya.
HAIWAN
Allah
mencipta haiwann. Berjuta-juta haiwan yang berlainan jenis ditemui. Semakin
dikaji, semakin banyak jenis haiwan ditemui. Analisa telah mengelaskan haiwan
kepada dua bahagian :
1. Invertebrata ( tidak bertulang
belakang)
Contoh
: serangga, umpai-umpai, udang, nyamuk
2. Vertebrata (bertulang belakang)
Contoh : ikan, ular, buaya
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nur ayat 25
yang bermaksud :
Allah
menciptakan semua jenis haiwan daripada air. Ada binatang yang berjalan dengan
perut, ada yang berjalan dengan dua kaki
dan ada pula yang berjalan dengan empat kaki"
Penjelasan
ayat : punca kepada kejadian haiwan ialah air.
Adakah haiwan yang hidup di dalam air lebih
banyak daripada jenis haiwan yang hidup
di darat ?
Kajian
sains : haiwan yang sesetengahnya terlalu besar seperti akan paus yang paling
besar ialah 95 kaki panjang, berat 150 tan (25 kali ganda berat seekor gajah
raksasa benua Afrika )
Sementara
haiwan yang terbesar di darat ialah seekor gajah yang hidup di benua Afrika.
Mempunyai ketinggian 10 kaki, telinga selebar 4 kaki dan berat badannya mencapai sehingga 6 tan
dan digelar gajah raksasa.
Walaupun
gajah besar, namun boleh diperhambakan oleh manusia. Didalam sejarah gajah digunakan untuk pelbagai kepentingan .
Pada tahun 657 m Raja Habsyah telah menggunakan gajah untuk menyerang Kota
Mekah dan seterusnya meruntuhkan Kaabah. Dan Allah telah merakamkan perintiwa
tersebut di dalam surah al-Fiil ( yang bermaksud gajah)
"Adakah kamu tidak
memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak tehadap tentera bergajah?
Bukankah Dia telah menjadikan tipudaya mereka ( untuk menghancurkan kaabah) itu sia-sia?. dan Dia mengirimkan kepada
mereka burung yang berbondong-bondong. Yang melempari mereka dengan batu
(berasal) dari tanah yang terbakar. lalu Dia menjadikan mereka seperti
daun-daun yang dimakan (ulat).
Selain
gajah unta juga mempunyai ciri-ciri yang unik Allah telah menggesa manusia
untuk mengkajinya. Maksud firman Allah dalam surah al-Ghasshiyah :17
" Mengapa mereka tidak mengkaji
bagaimana (uniknya) kejadian unta ?"
Al-Quran telah membahagikan binatang kepada
beberapa bahagian :
1.
An'am : binatang-binatang ternakan
2.
Bahimatul-an'am : binatang peliharaan yang boleh dimakan yang melata di bumi.https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=6688069333938333353#editor/target=post;postID=6164744994112176482;onPublishedMenu=posts;onClosedMenu=posts;postNum=7;src=postname
3.
Daabah :semua jenis binatang yag kecil / besar
4.
Subu' : binatang-binatang buas termasuk jenis burung seperti helang.
Binatang-binatang adalah kurnian Allah kepada
manusia daripada yang sekecil-kecilnya kepada yang sebesar-besarnya,
masing-masing menjalankan tugas bagi menstabilkan sistem ekologi atau
keseimbangan alam.
ZUL HARITH BIN SELAMAT 02DSB14F2027
MUHAMMAD ZUL AZRI BIN AHMAD 02DSB14F2043
MUHAMAD AIZAT FAHMI BIN MUHAMAD ANUWAR 02DSB14F2041
WAN EDDY ASRI BIN WAN AMRI 02CSB14F2007
MUHAMMAD HANIF BIN HAMZAH 02CSB14F2001
PUTERA DANIEL DZARIFFBIN SABARUDDIN 02ESB14F2043


No comments:
Post a Comment