MENYINGKAP RAHSIA PENCIPTAAN MANUSIA DAN HAIWAN
MANUSIA
-Pada suatu
ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi
untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi
apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil
untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah.
Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat
apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah
memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah
memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak
berganjak, dan masing-masin kembali dengan tangan yang hampa.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke
bumi. Kata Allah: ” Hai Izrail engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun
jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas
namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah
kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu
diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke
hadrat Allah.Lalu Allah berfirman :”Ya
Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di
belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.Maka khuatirlah Izrail
kerana bimbang dibenci oleh uma manusia.
Lalu Allah berfirman
lagi: “tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan
aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
TANAH YANG BAGAIMANA
DIJADIKAN?
1.
Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2.
Tanah Bukit Tursina
3.
Tanah Iraq
4.
Tanah Aden
5.
Tanah Al-Kautsar
6.
Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7.
Tanah Paris
8.
Tanah Khurasan
9.
Tanah Babylon
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if
Kata Ibnu Abbas
:
1. Kepala Adam dari
tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah otak manusia,dan disitulah tempatnya
akal.
2. Telinganya dari
tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima
nasihat.
3. Dahinya dari tanah
Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah
Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah
telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari
tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya
dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama
manusia.
8. Tangan kirinya dari
tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah
Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk
menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari
tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari
tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah
syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari
tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada
Tuhan.
Bagaimanakah prosesnya
:
1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air
tawar,air masin,air hanyir, angin, api.Kemudian Allah resapkan Nur
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut”
kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah
tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan
patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah ,wangi-wangian dari
sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan “Barul
Uluhiyah”.
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah-Nya”
iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang
sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh
Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar,
mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat
Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun
masuk dan menyerah kepada Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat
baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana
Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna
kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada
kuku manusia.
Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi
warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada
tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.Tujuh buah liang di
kepala,dan dua buah liang dibawah badanletaknya.Tujuh buah letaknya di
kepala : dua liang mata,dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah
liang mulut.Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang
dubur.
Dijadikan pula lima
buah pancaindera :
1. Mata alat
penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat perasa manis,masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu
masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
dalam tubuh Adam.Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan
kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.
Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak
dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah
matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan
ke kanan. Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih
merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
menyaksikan kejadian dia.
Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat
mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika
roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika
itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam
pertama kalinya kehadrat Allah.
Lalu Allah berkata: “Yarkhamukallah” yang ertinya: “semoga
engkau diberi rahmat Allah” Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi
ikutan sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat
mengucapkan “Yarkhamukallah”.
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia
mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras.
Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak
sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :”Dan adalah manusia itu,
suka tergesa-gesa”.(Al-Israk:II) Maka ketika roh itu sampai di
bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka
seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke
seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang,
urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian
bagus dan halus. Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam.
Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka
dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama.Wajahnya cukup
cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan.
Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu
diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang
ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.
HAIWAN
dan Allah telah menciptakan semua jenis
hewan dari air, Maka sebagian dari hewan itu ada yang berjalan di atas perutnya
dan sebagian berjalan dengan dua kaki sedang sebagian (yang lain) berjalan
dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, Sesungguhnya
Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menjelaskan. dan Allah memimpin siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.(Qs.An Nur :45-46)
Hewan atau binatang atau margasatwa atau satwa saja adalah kelompok organisme yang diklasifikasikan dalam kerajaan Animalia atau Metazoa, adalah salah satu dari berbagai makhluk hidup yang terdapat di alam semesta. Hewan dapat terdiri dari satu sel (uniselular) atau pun banyak sel (multiselular).
Para ilmuwan mengklasifikasikan hewan kepada dua kelompok besar, yaitu hewan bertulang belakang dan hewan tanpa tulang belakang.
Hewan yang bertulang belakang disebut Vertebrata.
Hewan tanpa tulang belakang disebut Invertebrata atau Avertebrata.
Klasifikasi Hewan Menurut Makanan Mereka.
Hewan yang memakan daging dikenal sebagai hewan karnivora. Contoh: Kucing, harimau,singa dsb.
Hewan yang memakan tumbuhan dikenal sebagai hewan herbivora. Contoh: kambing, kuda ,kerbau,sapi dsb.
AHMAD FAIZAL BIN ZAINIR 02ESB14F2003
ASHRUL ALIMI BIN CHE MUSA 02ESB14F2012
WAN AZRIE BIN WAN ARIFF 02ESB14F2001
MOHAMAD ZAKWAN HANIF BIN MOHAMAD ROM
02ESB14F2006
SUHAIFI BIN SAAD 02ESB14F2001







No comments:
Post a Comment